2 Kereta terpakai untuk dijual di Kuala Lumpur, Malaysia
Turutan:
Tiada keputusan dijumpai
Kami tidak menemui apa yang anda cari.Cara memilih kereta terpakai
1. Pilih kereta dalam bajet mampu milik anda
Memang secara umumnya kereta terpakai dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding kereta baharu. Tetapi ada sahaja model kereta yang tidak jatuh harga untuk dimiliki seperti Honda Integra DC2 Type R, Proton Arena, Suzuki Swift Sport, Perodua Kelisa , dan pelbagai lagi.Oleh itu, menyediakan bajet yang anda mampu adalah perkara yang paling penting untuk memastikan anda memilih kereta terpakai yang tidak menyusahkan diri anda.Pengurusan kewangan yang baik untuk jangka masa panjang ialah harga kereta tersebut tidak boleh melebihi 15% daripada pendapatan bulanan anda. Contohnya, katakan gaji RM 3000 sebulan, jadi harga bayaran bulanan kereta yang anda mampu bayar ialah RM 450 sahaja.
2. Buat survey
Rajin-rajin buat survey sebelum beli. Hari ini terdapat terlalu banyak alternatif yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan sendiri dari mana-mana portal pengiklanan automotif paling popular di Malaysia seperti:
- Motor Trader
- Carlist
- Mudah
- Mytukar
- Carsome
Anda akan dapat mengetahui harga pasaran kenderaan dengan hanya satu "klik". Ianya cukup mudah dan jimat masa. Berjumpa dengan “car dealer” tanpa ilmu dan pengetahuan, sudah tentu amat mudah sekali untuk ditipu. Sediakan dahulu sedikit maklumat yang berguna untuk tunjukkan yang anda benar-benar berminat dengan tawaran tersebut.
3. Hadkan pilihan bergantung pada tahun kereta dikilangkan
Dalam keterujaan anda untuk membeli kereta, dinasihatkan untuk anda hadkan pilihan kereta yang tidak melebihi 5 tahun selepas tarikh ia dikilangkan. Ini untuk mengurangkan sebarang risiko dan masalah yang ada dalam sebuah kereta. Sentiasa ingat, kereta bukanlah aset tetapi ianya liabiliti yang mempunyai kos tersembunyi dan perlu anda tanggung seperti kos baik pulih, kos penyelenggaraan, kos minyak, dan sebagainya.
4. Semak had perbatuan (mileage) kereta
Semakin tinggi jarak perbatuan kereta, maka semakin rendah nilai kereta. Walau bagaimanapun, untuk membeli kereta terpakai murah, pastikan jarak perbatuan tidak terlalu tinggi tetapi sederhana. Bagaimana pula jika ada penjual yang menipu tentang bacaan odometer, tentulah bacaan perbatuannya akan berubah? Untuk kes seperti ini, anda boleh minta rekod penyelenggaraan dari pemilik asal, dan perhatikan komponen kereta kerana kereta yang sudah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, komponen mudah haus. Contohnya seperti spark plug. Kebiasaannya boleh tahan sehingga 100,000 km. Jadi sekiranya anda beli kereta yang mempunyai bacaan odometer sebanyak 50,000 km tetapi sudah perlukan spark plug yang baru, maksudnya ada berlaku penipuan di situ.
5. Periksa sejarah penggunaan kereta
Sentiasa berhati-hati jika kereta yang anda terima terlalu murah harganya. Sesuatu yang murah dari nilai biasa, kemungkinan besar mempunyai kecatatan yang anda tidak sedar. Ia boleh terjadi kerana faktor seperti:
- Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya
- Mempunyai had perbatuan yang tinggi
- Kereta banjir
- Bilangan pemilik sebelumnya
Sekiranya anda tetap berkeras untuk membelinya, banyak risiko yang perlu anda hadapi pada masa akan datang nanti.
6. Periksa rekod servis kereta dari pengguna terdahulu
Jangan risau, anda sebagai bakal pembeli ada hak untuk lihat dan semak semua rekod servis kereta terdahulu. Sekiranya sudah 5 tahun kereta dipakai oleh pengguna lama, maka 5 tahun jugalah anda perlu semak rekod tersebut. Memang leceh, tetapi tips ini sangat penting untuk memastikan kereta dalam keadaan yang baik. Sekiranya boleh, anda juga disarankan untuk berkunjung ke pusat servis yang digunakan pemilik lama untuk semak rekod dalam sistem mereka. Rekod servis tersebut lebih telus dan lengkap untuk anda lihat sejarah kereta sekiranya ada kerosakan alat ganti, enjin, atau komponen lain yang ditukar.
7. Periksa keadaan luar dan dalam kereta
Walaupun ramai yang memandang ringan perkara ini, tetapi lebih baik untuk anda periksa keadaan luar dan dalam kereta secara menyeluruh. Ambil serius pada kerosakan, kemik, dan segala kecatatan yang anda nampak pada bahagian luar dan dalam kenderaan tersebut. Kemudian, laporkan kepada penjual untuk membolehkan harga direndahkan sedikit dari nilai asal bergantung kepada kerosakan. Kos untuk mengecat semula keseluruhan badan kereta memakan belanja lebih dari RM 2,000. Untuk kerosakan disebabkan kemik pula, kos mungkin bermula dari RM 150 ke atas.
8. Periksa aksesori dan kelengkapan
Sebelum buat perjanjian atau tandatangan apa-apa dokumen yang menandakan anda setuju untuk membeli, periksa dulu semua aksesori dan kelengkapan kereta sama ada ia lengkap dan boleh berfungsi dengan baik. Aksesori yang dimaksudkan ini termasuklah pengelap cermin, tanda isyarat kereta, lampu (depan, sisi, spotlight, break), hon, penghawa dingin, radio, tali pinggan keselamatan, tayar ganti, kotak alat ganti kenderaan, dan laci simpan kenderaan. Jangan risau untuk suarakan rasa tidak senang atau tidak puas hati anda dengan segala kerosakan yang ada. Ambil masa anda, dan fikir semasak-masaknya. Membeli kereta bukanlah nilai yang kecil tetapi memerlukan kos ribuan ringgit.
9. Periksa bahagian enjin
Dalam banyak-banyak komponen kereta, bahagain enjin adalah yang paling penting sekali. Jika anda sudah mahir dengan kereta, dengar sahaja bunyi deruman enjin sudah tahu sama ada ia dalam keadaan baik atau tidak. Antara perkara yang boleh diperiksa di bahagian enjin termasuklah periksa sekiranya ada sebarang kebocoran minyak, keadaan radiator, minyan enjin, dan pastikan semua komponen disambungkan dengan tepat, tidak rosak dan buruk.
10. Pandu uji kereta
Bawa rakan bersama anda dan pandu uji secara bergilir-gilir, supaya anda mendapat pendapat kedua dengan segera daripadanya. Berikut ialah senarai semak untuk anda semasa memandu uji:
- Periksa di atas tanah jika terdapat kesan semasa anda meninggalkan kawasan letak kereta
- Tingkap elektronik, pengelap, penunjuk, lampu depan, meter kelajuan, meter bahan api dan sebagainya
- Periksa sama ada terdapat bunyi luar biasa dengan mematikan radio dan aircond
- Penjajaran stereng dan stereng kuasa
- Penyerap
Jika jurujual anda enggan membenarkan anda memandu uji, anda boleh pergi begitu sahaja.
11. Elakkan kenderaan terlebih diubah suai
Kereta yang mengalami proses ubah suai yang sangat banyak berdepan dengan pelbagai risiko di kemudian hari. Ingat anda tidak membeli kereta untuk berlumba tetapi untuk kegunaan harian seperti bekerja.
12. Periksa tanda spot welding
Spot welding
Apa tujuan tanda spot welding sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, spot welding ini adalah proses cantuman kepingan besi chassis dan permukaan badan kereta. Jadi sekiranya kereta terpakai yang ingin anda beli itu tidak memiliki tanda tersebut, berkemungkinan besar ia pernah terlibat dalam kemalangan. Biasanya, ia boleh ditemukan di bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender.
13. Pilih kereta yang jimat minyak
Zaman sekarang, penjimatan adalah sesuatu yang sangat penting dalam gaya hidup masyarakat kini. Oleh itu, cari kereta terpakai yang dilengkapi dengan teknologi enjin terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan mengekalkan kuasa enjin.
14. Bawa mekanik sendiri
Membawa mekanik sendiri untuk periksa kereta yang anda suka dan mahu beli adalah lebih baik berbanding anda yang buat pemeriksaan tersebut. Hal in kerana, mereka yang terlibat dengan urusan membaik pulih kereta mempunyai kepakaran untuk memastikan sesebuah kereta itu dalam keadaan baik atau tidak. Seorang penjual sudah pasti tidak mampu untuk menipu pembeli apabila dia membawa seseorang yang pakar dan lebih arif dalam urusan tersebut.
15. Pilih kenderaan yang teknologi terkini
Penderiaan Honda
Teknologi semakin berkembang bukan lagi mengikut kehendak manusia. Dia mampu berkembang pada bila-bila masa di luar kemampuan manusia. Maka tidak hairanlah, semakin banyak kereta yang canggih dihasilkan dan dijual di pasaran. Banyak teknologi terkini digunakan untuk bersaing dengan jenama mahal yang lain. Walaupun tujuan utama anda membeli kereta murah adalah untuk menjimatkan kos tetapi jangan abaikan faktor teknologi dalam kereta tersebut. Pastikan sekurang-kurangnya, kereta yang anda minati mempunyai sistem perlindungan yang baik, selamat, berkualiti dan selamat seperti beg udara, dan brek ABS kerana nyawa tidak mampu dibayar dengan harga kenderaan.
16. Semak Butiran Sejarah Kereta
Sentiasa penting untuk menyemak butiran sejarah kereta. Untuk cth. Sejarah perkhidmatan. Ini adalah untuk memastikan kereta diservis tepat pada masanya dan mengesahkan jarak tempuh kereta yang tepat. Semak sama ada terdapat sebarang pinjaman tertunggak, pastikan ia diselesaikan sepenuhnya sebelum pertukaran pemilikan berlaku. Akhir sekali, uruskan pemeriksaan kereta. Bawa mekanik anda yang paling boleh dipercayai untuk memeriksa keadaan kereta.
17. Semak semua dokumen dengan teliti untuk mengelakkan penipuan
Terdapat dua borang untuk disemak - B7 dan B5. Borang B7 ialah pemeriksaan sewa beli yang diberikan oleh Puspakom selepas semakan 18 mata yang merangkumi pemeriksaan fizikal dan identiti. Borang B5 juga dari Puspakom untuk Pemindahan Hakmilik.
*Borang tersebut berharga RM90 untuk mendapatkannya.
Minta kad pendaftaran kereta juga, untuk mengesahkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika penjual berdaftar sebagai pemilik kereta, dan untuk menyemak ia tidak dilaporkan sebagai kereta curi. Anda boleh menuntut Perjanjian Jual Beli yang betul.
Diharap artikel berkenaan tips membeli kereta terpakai ini dapat memberi ilmu dan maklumat yang berguna kepada semua pembaca agar anda sentiasa bersedia sebelum membuat sebarang pembelian. Ingat, tidak salah memberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan daripada mengambil keputusan terburu-buru yang merugikan diri sendiri.